Jumaat, 17 Disember 2010

KATA ALU - ALUAN UNIT HEM

UNIT HEM SK SERING 2011

email : zakri3636@gmail.com
: zakrimohamad@yahoo.com



Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih. Alhamdulillah,
setinggi – tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan limpah rahmatNya. Lembaran Program Tahunan HEM ini dapat disediakan seadanya. Sekalung penghargaan dan tahniah kepada jawatankuasa induk unit hal ehwal murid 2011 dan semua yang terlibat dalam usaha menyediakan dokumen ini bagi memantapkan lagi pengurusan Unit Hal Ehwal Murid 2011.

Sesungguhnya tahun 2011 merupakan tahun bermula Rancangan Malaysia ke 10,
keberkesan NKRA dan KPI dalam pendidikan memenuhi kerangka masa
2011 – 2015. Pada ketika ini, kita sepatutnya sudah berada pada tahap kelajuan yang maksimum dan meneruskan tranfomasi 1 Malaysia, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan untuk sampai kematlamat
yang telah ditetapkan dalam Misi Nasional tersebut dan seterusnya mencapai Wawasan 2020.

Selaku penjawat awam amnya dan selaku pendidik khasnya, amat penting bagi kita sama-sama mencapai cita-cita membina Negara Bangsa yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.Perancangan yang rapi dan mantap tidak akan membawa apa-apa makna jika sekiranya tidak diikuti dengan komitmen dan kesungguhan oleh semua pihak dengan penuh teliti dan bijaksana.

Lembaran Perancangan Tahunan Unit Hal Ehwal Murid ini merupakan garis panduan asas untuk kita melaksanakan gerakkerja di tahun 2011. Ianya mungkin perlu huraian yang lebih jelas. Walau apa pun marilah kita sama-sama bertekad untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberi ini sebagai amal dan ibadah kita kepada Allah Subhanahuwata’ala.


Sekian, terima kasih.

Zakri bin Mohamad
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ( HEM )
Sekolah Kebangsaan Sering 2011